TRIP KONVO-KUNDASANG-KOTA BELUD III
.
.
.
.
Dari Mountain View Homestay , pagi-pagi sepi-e kita orang dah keluar ke Kampung Sangkir
Sebenarnya dah nampak dah Akinabalu nya malu di belakang awan pagi tu tapi kita pergi jugak lah
Mana lah tau angin meniup awan nanti
Itu bukan Akinabalu tapi
Itu bukit apa ntah

.
.
.
.
Berharap dapat view gini..

.
.
.
.
Tapi dapat gini je…

.
.
.
.
Bukan sebab lambat
Tapi memang banyak awan pagi tu

.
.
.
.
Mortar board eh nama benda tu ..

.
.
.
.
Aku kan..
Ambik gambau orang cantikkk je
Bila orang ambik gambau aku …
Hishhh …

.
.
.
.
Ada cafe dah buka lah
Jom sarap
Tu ha nama kampungnya kalau nak cari tempat ni
Kampung Tempasuk , Jalan Sangkir

.
.
.
.
Pagi-pagi lagi dah buka dah cafe ni
Kanarahan View
Ada cafe

.
.
.
.
Ada tempat permainan
Kolam mandi
Tempat bergambar
Boleh kalau nak cuba tanam padi , naik kuda

.
.
.
.
Ada Oyen mata kuyu

.
.
.
.
Tempasuk Plain ni memang tempat bertanam padi di Kota Belud ni

.
.
.
.
View point di Kampung Sangkir ni belum tular sangat
Tular dengan penduduk setempat dan Sabahan aje kot

.
.
.
.
Tapi tu lah..
Dah mula ada ni ..
Love-love gini ..

.
.
.
.
Dan …
Dah mula ada benda-benda ni sebenarnya ..
Aku tak paham
Kenapa kena ada sarang burung ?
Why ?
Kau nak rasa nak jadi anak burung ? Why ?
Cuma bendaalah ni masih terkawal
Ni dalam lingkungan kawasan ada satu inn/ penginapan tu je
Belum menyebar ke tepi-tepi jalan :))

.
.
.
.
Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, iaitu “Kota” yang bermaksud kubu pertahanan manakala “Belud” pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai “Kubu Pertahanan di atas Bukit”.
Daerah Kota Belud juga terkenal dengan nama jolokan “Daerah Koboi Timur” kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.
.
Jumpa Bulatan Kuda

.
.
.
.
Bulatan Tudung Duang
Macam tudung saji aa

.
.
.
.
Bulatan er.. Mangkuk Duit ?

.
.
.
.
Pam minyak ada jual kerosene !
Senang nak bakar pelita punjut malam 7 likur !

.
.
.
.
Hari ni dah m,ula rasa demam-drmam
Dah jangkit daripada Budak Konvo ni lah
Plan asal nak ke Kudat , ke Simpang Mengayau , dalam 2-3 jam ke utara
Sebab pantai sana cantik sangat !
Tapi dah tumbang , cari back up plan
Kita tidur Kota Belud je lah
Cari sana-sini , jumpa Usukan Cove Lodge
Tepi Teluk Usukan
Yang penting ada pantai boleh mandi-manda

.
.
.
.
Ada jeti berbatu

.
.
.
.
Air laut dekat Sabah ni memang biru kan…
Beza sangat dengan pantai-pantai di Semenanjung

.
.
.
.
Tu ha Usukan Cove Lodge nya dari jeti
Post PKP . Sendu . Mungkin juga sebab tengah-tengah minggu
Ada dua famili je masa tu termasuk kita orang

.
.
.
.
Nampak atas bukit tu ?
Itu sebahagian daripada pembinaan Jalanraya Pan Borneo
Ada satu port tu , tular baru-baru ni. Boleh lepaK dekat tebing Lebuhraya tu dekat Kuala Abai ni , tunggu sunset . Cantik sangat port tu
Dah tanya dak budak-budak lokal macamana nak pergi situ
Tak jumpa jugak sebab tak berapa paham instructionnya ..

.
.
.
.
Kampung Buah Pandai sana tu ..

.
.
.
.
Sunset Sabah tak pernah mengecewakan

.
.
.
.
Ada jeti batu sana tu untuk naik bot nak island hopping , snorkelling

.
.
.
.
Rindu sunset Sabah bah ..

.
.
.
.
Adik staff hotel kata boleh mandi pantai tu , tapi ada musim yang ada obor-obor
Alamak ..
Mana lengkap datang Sabah tak mandi pantai …
Gasak aa. Mandi aje.
Alhamdulillah tak ada obor-obor ..
Malamnya mengigil-gigil demam balik…

.
.
.
.
Asal plannya nak ke Tenom , naik keretapi lama tu .
Tapi dah tak jalan dah keretapi dari Beaufort ke Tenom sebab ada tanah runtuh . Yang ada cuma keretapi moden dari KK ke Beaufort . Tak mau aaa yang tu …
Kalau nak naik juga , kena drive ke Tenom , naik dari Tenom ke Pangi , patah balik ke Tenom .Pangi tu cuma dua tiga stesen je dari Tenom
Atau , sekarang ni dia orang modify , satu platform kayu , luas , boleh duduk , boleh angkat barang , jalan atas rel keretapi , guna enjin apa ntah lupa , or ditolak oleh motosikal . Kot ? Best tu .. Cuma tak sempat nak tanya betul-betul macamana dan dekat mana nak naik .Anyhoo , kena juga pergi Tenom kalau nak cari dan naik
.
Maka nya , Plan B
Kita ke Nahandang , Melangkap
Menariknya nama kampung ni

.
.
.
.
Nahandang Melangkap Homestay
Untuk kali ke 2

.
.
.
.
Sebab apa ?

.
.
.
.
Sebab sini best sangat !
Nampak Kinabalu belakang sana ? Balik awan tu ..

.
.
.
.
Sebab ini !!

.
.
.
.
Ini viewnya pagi-pagi!

.
.
.
.
Tak ke ternganga kagum nengok Kinabalu besar gitu depan mata …
Air sungainya .. Sejuk yak amat
Dan jernih yak amat . Jernih yang buat kau rasa nak minum airnya ..
Tapi jangan main-main. Ada kejadian kepala air dekat sini dulu.
Sungai Panataran ni pun berubah alirannya lepas kejadian gempa bumi di Kundasang / Kinabalu dulu tu
Batu-batuan besar-besar ni ialah batu yang dibawa turun dari Kinabalu oleh aliran sungai lepas gempa bumi tu

.
.
.
.
Masih ada jambatan ni !
Kalau nak ambik gambar kau dekat tengah-tengah jambatan , fotografer nya kena diri tengah-tengah sungai
So , ini je lah yang mampu

.
.
.
.
Nak naik nya gitu ha…

.
.
.
.
Osonong – selamat
Kinorikatan – datang , [ kot ]

.
.
.
.
Aku cukup suka lah jalan lurus gini hujung tu ada gunung

.
.
.
.
Kalau nak nampak gunung cantik , terang gini , kena bangun , mencari sebelum pukul 9 pagi
So .. Kita bangun , solat , mandi , cari gunung , balik ke sungai , baru mandi sungai …

.
.
.
.
Hari last di Sabah.
Kita balik ke KK
Flight malam , so kena menghabiskan masa dulu di KK
Kita ke ODEC . Pantai dalam UMS
Kita bawak bapak Budak Konvo ni ronda UMS

.
.
.
.
Cantik pantai ODEC ni
Pasir halus , bersih
AIr sah-sah lah biru

.
.
.
.
Bandar KK sana tu

.
.
.
.
Tu Pulau Sepanggar
Boleh menginap dekat situ
Ada 2 resort

.
.
.
.
Orang luar boleh aje datang piknik , mandi sini
Beritahu je dekat guard dekat main entrance tu nak pergi ODEC

.
.
.
.
Apesal eh langit dekat Sabah biru benor ?

.
.
.
.
Next , kita ke Museum MS

.
.
.
.
Selalu lalu asyik tutup je museum ni
Kali ni bukak !
Sebab hari Ahad dan sebab musim konvo

.
.
.
.
Cantik kan makhluk Allah yang ini

.
.
.
.
Rasanya penyu belimbing ni
Critically endangered

.
.
.
.
Hidupan yang Fluorescence dalam air

.
.
.
.
Asam pedas
Ikan Pari Lalat
Blue Spotted Stingray

.
.
.
.
Besar Museum ni sebenarnya
Ralid duduk dalam tu
Rm10 sekali masuk

.
.
.
.
Masamnya muka dia …

.
.
.
.

.
.
.
.
Kerapu masak sweet sour

.
.
.
.
Rangka Bull Shark

.
.
.
.
Masa kecik-kecik dulu , sangat kagum bila letak cengkerang siput ni dekat telinga , boleh dengar ombak laut dalam tu

.
.
.
.

.
.
.
.
Lama cari cengkerang Nautilus tu sebab cantik sangat

.
.
.
.
Giant clam

.
.
.
.
Keluar Museum , dia nak naik skuter tu
Kununnya nak sampai main road
Tak sampai 500 m dah givap sebab slow sebab naik bukit
Senang nak move dalam UMS ni . Naik je lah skuter ..
Scan dan bayor je lah ..
Tapi make sure park balik dekat parking nya
Kalau tak kena denda rm10

.
.
.
.
Ada masa lagi
Kita cari donat dekat Bataras
Budak Konvo kata donat Bataras sedap

.
.
.
.
Dan kena topap stok Kopi Tenom !
Tak pergi Tenom , beli je lah kopi dia dekat Bataras

.
.
.
.
Ok
Habis dah cerita KK Konvo
Menarik, puas baca dan tengok gambar. Bilalah boleh tengok Kinabalu.