TRIP KONVO-KUNDASANG-KOTA BELUD I

.

.

.

.

Kehilangan ‘roh’ untuk menulis

Sebab ?

Terdelete gambar-gambar trip ke Pulau Mantanani

Terus hilang mood nak update blog

Sebab gambar-gambar tu cantik dan tak mungkin kot nak ke Mantanani lagi dan marah atas beboddohan sendiri maka-nya malas nak menulis…

.

.

Akhirnya datang juga Roh menulis hujung-hujung tahun ni

Ini cerita hujung tahun lepas :))

Kita ke Kota Kinabalu lagi sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Dak Kak Ngah

Order bendaalah ni online , nak letak dekat bunga dia

Tak main lah beli bunga segar , bunga kering

Ni Omak buat sendiri bunga nak bagi dia

Habis kemik-kemik bawa naik belon

.

.

.

.

Kita ke UMS

Ambik gambar tangga kejayaan ni dulu

.

.

.

.

Sementara menunggu Istiadat bermula , kita lepak dekat Perpustakaan dia yang ber-ekon ni

Buku-buku Enid Blyton !!

Ini lah yang menjadikan saya terer Hinglish masa sekolah rendah dulu

.

.

.

.

Nin dia bunganya !!

Dari pipe cleaner

Atau ada yang panggil kawat bulu

Ada yang jual , kecik-kecik tapi

Ni puas hati buat sebesar alam gini !!

.

.

.

.

Kununnya tak nak ambik gambar lagi sebelum majlis

Kununnya tunggu dulu lah

Kununnya nak bergambar depan Dewan Chensellor

Ambik gambar sikit je sebelum majlis

Last-last hujan lebat sesudah majlis

Tak ambik gambar pun

Wahahahhahaaaa

Yang ini je yang helok , sebelum majlis

Gambar dia sorang pun tak hado …

[ Eii.. Tak cantik aaa gaun konvo UMS ni … ]

.

.

.

.

Konvokesyen ke 25 UMS

Dok nengok depa ramai-ramai ni… Laki aku kata ..

Mana lah dia orang ni nak kerja nanti … Ini satu sidang , beratus-ratus orang grad , ada berpuluh-puluh sidang , ada berpuluh-puluh universiti ….

.

.

.

.

Done Konvo yang tak ada gambar konvo :))

Esoknya kita mula lah meronggeng keliling Sabah !!

Kita ke Tamparuli dulu.. sebab dah on the way ke gunung

Belah sini jambatan ni ada pasar . Ada je parkir dekat pasar tu .

Belah sana selalunya ada persembahan traditional tarian ethnik Sabah dengan alatan muzik Sabah

Kita orang tak pergi tapi

.

.

.

.

Belah sini , belah pasar basah tu ada pasar hidupan laut kering ni

Bail beli di sini daripada di bandar KK tu

Sini lagi murah

Lagi cantik hidupannya

.

.

.

.

Ikan bilis mata biru dia cantik-cantik!

.

.

.

.

Udang kering nya sangat cantik dan bersih

Yang coklat panjang-panjang tu belacan sebenarnya

Yang rm 30 / 35 tu ikan kering

.

.

.

.

Ni gerai dekat koner

Pernah beli sekali dulu

Dia masih ingat lagi aku bah

Ini kakak dari KL tu kan ? yang ada hantar anak perempuan ke UMS tu kan… ?

Weh .. Bagus ingatan dia !

Terus borong banyak-banyak dekat sini

.

.

.

.

Kita terus ke kaki KInabalu bah ..

Berhenti di pit stop Pekan Nabalu

Dalam pukul 10 gitu

Satu hapah pun tak nampak sebab awan dah naik dan dah tebal

.

.

.

.

Nampak Gunung Nuongkok ni je

.

.

.

.

Letak lah satu gambar aku ..

.

.

.

.

Kali ni dari KK , kita orang ke Kundasang , then ke Ranau , naik ke Kota Belud nanti

.

.

.

.

Kinabalu Geopark

Diwartakan sebagai satu Tapak Warisan Dunia UNECSO pada 2000

.

.

.

.

Gitu lah patutnya nampak Aki Naballu dari Pekan Nabalu ni

Kalau nasib baik ,kena dengan cuaca , dengan angin dan awan yang baik , boleh nampak lenticular cloud dekat Kinabalu ni ..

.

.

.

.

Sekarang ni kau janganlah naik Kundasang ni time-time cuti sekolah

Jem dia dah macam jem dekat Bukit Bintang masa pukul 4:40 petang

Kena pulak bawak kereta manual

Nangis beb

.

.

.

.

Ada gerai-gerai jual barang gini dekat Pekan Nabalu ni

.

.

.

.

Teruskan perjalanan kita

Sampai lah di Bulatan Kundasang ni dekat tengah-tengah pekan

.

.

.

.

Maka bermula hah misi kami ngambik gambar arca di bulatan di Sabah

Macam-macam weh !

Ini Bulatan Kubis

Masa ni ada Pesta Kubis tapi tak dapat pergi sebab tercepat sehari di Kundasang ni

.

.

.

.

Bulatan Moooooo

.

.

.

.

Bulatan Kubis lagi satu

.

.

.

.

Kita orang tidur di Mersilau

Tisan Nulu nama penginapannya

Nak kata hotel bukan hotel , homestay pun bulan

Budak Konvo ni dah start demam masa lepas konvo lagi

Sampai Mersilau petang tu sesak napas

Sejuk + selsema + penat , asthma nya sampai . Kiok-kiok dah nafasnya

Call Owner Tisan Nulu , dia kata klinik di Kundasang tutup pukul 6

Klinik yang bukak ada di Ranau sampai pukul 9 malam

Weh ….

Dah lah aku sorang je driver . Jalan nak ke Ranau tu dalam 20 km tu gelap , berliku ..

Aku ni dah serik nak bawak kereta malam-malam sejak kejadian bawak dalam gelap gelita di Kuala Penyu dan Dabong hari tu..

Punya lah banyak pahala aku [ kot ] malam tu seba tak berhenti aku doa dan zikir nak ke Ranau tu..

Ada kereta dekat depan aku folo .. Kereta tu laju tinggalkan aku , dah kegelapan balik.

Folo lori .. Lori tu suruh potong .. Aku still folo … :))

Selamat sampai di Ranau .. Ambik nebuliser .. Terus segar..

Alhamdulillah

Sepanjang jalan balik ke Mersilau tu aku dok beralhamdulillah sepanjang jalan

.

.

.

Sampai balik di Kundasang , banyak kedai makan dah tutup

Nampak Kundasang Farm Ville ni masih bercahaya

Boleh laaa ..

.

.

.

.

Gitu lah sejuknya malam tu

.

.

.

.

Tinggu Kinabalu 4095 meter dari paras laut

Mersilau ni pun dah gitu ketinggiannya

.

.

.

.

Good Morning Kundasang

Good Morning awan karpet

.

.

.

.

Nampak jelas Aki Nabalu dari Tisan Nulu ni..

Cantik sungguh

.

.

.

.

Ambik satu sebagai kenangan

.

.

.

.

Ladang sayur sekitar penginapan

.

.

.

.

The development of Universities & libraries across the Muslim world flourished, with people travelling far & wide to learn from these education establishments and learning centres Al Azhar University in Cairo established in 10th c is Egypt’s oldest degree-granting university.

.

When students from Europe learned & graduated from these universities and returned to their lands, they used to dress in Muslim robes (Thawb or Qamees) and that would become an indication that this particular student graduated from the university of the Muslims.

.

Even the ‘mortar boards’ of graduates are Islamic and derive from the flat hats of the scholars there who would rest the Qur’an on the ‘mortar’ to symbolize the primacy of Scripture over the intellect.

.

.

.

.

Selipar jepun …

.

.

.

.

Kita orang travel 2 famili

Dengan famili BFF dia dari Miri

.

.

.

.

Jom sarap

Banyak je hotel , vill , rest house dekat Mersilau ni yang tak ada dekat Booking.com / agoda

Kena buka Google Map dan cari

.

.

.

.

Kita cari sarap di satu tempat yang dah mula viral

Jumpa awan karpet lagi ondeway tu !

.

.

.

.

View dari Mount Kinabalu Golf Club

Boleh je masuk dekat club house ni even bukan member dan hanya nak makan dan ambik gambar

Banyak choice , harga mampu bayar … Bukan harga atas-atas makanan dia. Gambar makanan ,, ? Ntah mana .. :))

Cantik gila Kinabalu dari sini Beb

Kau boleh ambik gambar dari belakang pagar tu je

Jangan masuk ke kawasan padang tu

.

.

.

.

Dah tukar dah selipar jepun dia

.

.

.

.

Apesal baju aku semua pesen tie dye eh masa ni ..

.

.

.

.

Bukan senang nak ajak bapak dia bergambar ..

.

.

.

.

Next ..

Cari spot yang belum viral, lagi nak bergambar

Masih dirahsiakan oleh ramai orang

Ni jalan nak ke sana

Pun cantik , tapi malas nak turun bergambar masa ni ..

Sebab baru kena ekon dalam kereta ..

.

.

.

.

See

Cantik kan ..

.

.

.

.

Ta-daaaaaaa ….

.

.

.

.

UMS ni ok

Universiti baru

Tapi tu lah …

Manjang tak ada air

Dia ni selamat sebab tak dapat duduk dalam kampus , sewa rumah dekat One Borneo tu , Tak ada masalah air

.

.

.

.

Nak order ?

PM tepi

Handmade with love

.

.

.

.

Dia main cak-cak celah awan

.

.

.

.

Bulatan Ikan Kaloi

.

.

.

.

Kita ke Bombon Marakau

Nak main ikan

.

.

.

.

TAGAL bermaksud ‘jangan’ atau ‘ditegah’ dalam bahasa Kadazandusun asalnya sistem tradisional di Sabah untuk memulihara hidupan akuatik di sungai 

.

.

.

.

Ikan-ikan di sini tak boleh ditangkap , kecuali pada masa yang dibenarkan

.

.

.

.

Stingless bee tu ialah lebah kelulut

Pernah easa madunya . Macam agak masam .Manis nya ada tapi .

.

.

.

.

Nin dia ikannya !

Yang oren-oren putih tu ikan koi .

Ada juga ikan kelah , lampam jawa , talapia , belut ..

.

.

.

.

Besau-besau ikannya !!

Boleh sampai 12 kg !

Budak tu penakut , geli nak bagi ikan makan daripada tangan dia

Puas poukuk

Pulaknya dia nampak mulut ikan tu besar-besar nganga cari makan

Menggelitik lari naik

.

.

.

.

Anak sungai yang mengalir masuk ke sungai

Aku tanya . ikan-ikan ni tak dibawa arus sungai ke kehilir

Tak .. Sebab depa ada letak batu macam empangan kecik dekat bawah sana

Macamana nak bagi ikan-ikan ni makan ?

Korang ambik makanan ikan tu , genggam . masukkan dalam air . Goyang-goyang kan gemggaman tu biar makanan tu keluar sikit-sikit daripada celah-celah jari

Depa datang slruppp slurppp nanti dekat jari-jari tu

Geli lah jugak bila kena sedut-sedut gitu

Patut lah budak tu takut

.

.

.

.

Takat tu je dia berani bagi ikan makan :))

Main campak dari atas jambatan

.

.

.

.

Sebelum bergumbira bagi ikan makan , kita tempah lukisan karikatur dekat abang ni

.

.

.

.

Hahahhahhahaa..

Peasl muka aku gituu..

Bole laaaaa

.

.

.

.

Dah alang-alang dekat Marakau ni . kita pergilah tengok rabbit

.

.

.

.

Dah pernah pergi sini dulu

Datang lagi dengah harapan arnab-arnab nya makin banyak dan lagi terpelihara dan sihat la …

.

.

.

.

Verdictnya

Tak payah lag korang datang sini eh ..

Pathetic ..

Sib baik lah view nya lawo

.

.

.

.

Nope

We will not be visiting here again ..

.

.

.

.

Kita terus lagi

Ke Air Panas Poring

.

.

.

.

Kena menapak sikit masuk

.

.

.

.

Merentasi sungai nak ke main area Poring Hot Spring ni

.

.

.

.

Situ tempat nak berendam air panas

Orang tua-tua kata , kalau gatal-gatal elok berendam dalam air panas semulajadi gini

Betul tu , sebab air gini tinggi kandungan sulfur nya

Bagus kalau kau ada kurap , sebab kurap-kurap ni lemah bila kena sulphur

.

.

.

.

Tempat mandi terbuka gini rm 10 , yang tertutup rm 35

.

.

.

.

Untuk rendam kaki rm 0

Best rendam kaki sini

Panas jugak weh .. Bila dah lama-lam rendam tu dah tak rasa panas sangat nanti

.

.

.

.

Ondeway balik . keep an eye for sign boards like this

Kalau jumpa , berhenti

Sebab bukan senang nak nengok bunga terbesar di dunia ni masa dia kembang

.

.

.

.

Biasa kau nengok dekat duit sepuluh ringgit ni je kan ..

Agak mahal lah jugak bayaran masuk ni.. Tak ingat berapa , bukan 10 ringgit tapi

.

.

.

.

Ni bunga yang dah nak layu
Yang bulat-bulat belah kanan tu bunga yang belum berkembang

Rasa-rasanya kena tunggu 9 bulan jugak lah nak nengok dia kembang

.

.

.

.

Ini pokok vanilla

Segar-segar sungguh dok berteduh bawah pokok-pokok hutan ni

Mahal sungguh vanilla pods nanti ni weh ..

Tapi tu lah .. Nak tunggu dia berbunga mau 2 tahun ..

.

.

.

.

Baju masam dah berlambak
Jauh lagi nak berjalan ni

Kita hantar dobi lah dulu

Kedai Uncle ni ada dekat Bulatan Moo dekat tengah-tengah pekan Kundasang tu

Sementara tunggu dobi siap , kita makan dulu

Serious weh .. Makanan dekat kedai-kedai dekat Bulatan Moo ni tak sedap ….

.

.

.

.