KAMPUNG SANGKIR , KOTA BELUD SABAH

.

.

.

.

Kita terbang lagi !!

Rindu dekat anak [ kononnya … ]

Padahal menggelitik nak berjalan 😁😁

.

.

.

.

Dapat tiket agak murah jugak lah …

Nostalgik sungguh livery jiran sebelah !!

Pernah naik kapal yang tu masa pergi Hanoi

.

.

.

.

Kita ke Kota Kinabalu ..

Lagi !! πŸ˜‰

Kali ni nak ke Bahagian Pantai Barat tu , Bahagian Kudat , dan sedikit di utara tepi pantai Bahagian Pedalaman tu .

Landing nya petang . Terlupa pulak yang belah sana awal gelapnya …

Anakanda dan Sohabat nya dah siap menunggu dengan kereta yang di sewa di airport

Terus meluncur laju ke Kota Belud

.

.

.

.

Memanglah dah malam yak amat bila sampai di Kota Belud

Lepas tu nak mencari Homestay ni pulak di celah kampung

Menjajau jugak lah !!

Kami bermalam di Homestay Taun Gusi . Booking di Booking.com

Gambar sekitar homestaynya tak ada lah pulak .. Pelik ..

Lupa kot nak ambik gambar ..

Kenapa lah pulak nak tidur dekat celah-celah kampung ni….

.

.

.

.

Ini sebabnya !!

Bukak mata , bukak pintu nampak dah si dia dekat sana tu !!

.

.

.

.

Dari belakang homestay ..

Tak sempat sarap .. Mandi .. Terus keluar mencari Akinabalu

.

.

.

.

Dah !!

Kita jalan ke Kampung Sangkir dulu ..

Kendian nanti baru sarap

Nak ke mana sebenarnya ni ..?

.

.

.

.

Ni ha !!!!

Cantik sangat weh !!!

Aku tak boleh lah kalau ada view macam ni ..

Jalan lurus , lepas tu ada gunung dekat hujung jalan gitu ..

Terpegun beb !!

.

.

.

.

Park je dekat tepi-tepi jalan dan berjimba lah ngambik gambar !

Jalan ni sangat lengang .. Ada seekor dua lembu je mula-mula masuk lagi …

Tapi kan .. Jangan tularkan jalan ni !!

Nanti mula lah tumbuh sarang burung , boyan , cafe-cafe , ‘ I πŸ’“Kinabalu ‘ dekat sini .

Or even worst .. Pakai kimono , background Kinabalu . caption . ‘ Ala-ala Fuji’

Ko hingat dekat Fuji sana ada ke orang Jepun ambik gambar , pakai baju Kebaya .. . caption ‘ Ala-ala Kinabalu ‘ ?!

Beb !! Bangga lah dengan negara sendiri . Tak payah nak ‘ala-ala’ sangat …

.

.

.

.

Korang persan tak gambar Kinabalu dekat bendera Sabah ?

Gini kan ?

Ini lah view Kinabalu dari kawasan Kota Belud ni ..

.

.

.

.

Embun masih basah dekat rumput-rumput tu ..

Ni dalam pukul 6:30 – 7:00 gitu

.

.

.

.

Kalau jalan boleh sampai ke kaki gunung ni …. 😁

.

.

.

.

Tak jadik lah..

Patah balik..

Lapar …

.

.

.

.

Serious cantik dekat sini.

Korang kalau nak pergi kena lepas Subuh sepi-e .

Lepas pukul 9 nanti dah start naik kabus .. Dah tak nampak Kinabalu

.

.

.

.

.

.

.

.

Kanak-kanak Ribena Sumandak dua orang ni cadang nak buat convo shoot dekat sini nanti

.

.

.

.

Matahari dah meninggi

Tiak dah basah

Perut dah lapar ..

.

.

.

.

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh
Hati saya rindu

.

.

.

.

Bye …

.

.

.

.

Kita balik dulu ke Kampung Taun Gusi untuk sarap

.

.

.

.

Gambar makannya nya tak ada..

Sebab orang yang selalu ngambik gambar makanan tu tak ikut.. Ni antara aktiviti yang korang boleh buat dekat kampung ni..

Boleh minta Encik Ismail uruskan.

.

.

.

.

Next ..

Kita ke utara

Tak ada itinerari .. Just go with the flow

Jumpa sign board ni tepi jalan..

Konar masuk ..

.

.

.

.

Ladang Lepah Kampung Gombizau

Nanti korang ikut je jalan masuk tu .. Nanti jalan tu jadi jalan kecik celah-celah rumah orang

Ikut aje

Park je dekat tepi jaan

Naik jalan tu..

.

.

.

.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah

.

.

.

.

Dah sampai !!

.

.

.

.

Bayaran masuk RM4 dewasa

.

.

.

.

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. 

.

.

.

.

Lebah kelulut ni tak ada sengat

Ni sarang dia

Mereka akan masuk ikut lubang pada batang kayu tu , sebab ini belaan , sarang itu akan dibuat dalam petak yang diletakkan di atas tunggul kayu tu

.

.

.

.

Gini sarangnya

Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis.

.

.

.

.

Untuk merasa madu boleh guna straw, sedut je dari tempayan-tempayan tu .

Atau guna sudu kecik

Madu kelulut ni rasa dia masam-masam manis ..

Tak macam madu biasa tu .

.

.

.

.

Kalau ada tryptophobia tak payah lah pandang-pandang sangat gambar ni

Karang meremang-remang pulak bulu tengkuk tu karang

.

.

.

.

Lepas tu kita pergi tengok sarang lebah biasa pulak

Kena asap kan dulu bagi lebah-lebah tu lalok sikit

.

.

.

.

Musim kurang madu masa ni

Kosong ke sel-sel dalam sarang tu

.

.

.

.

Penternak boleh cam tau mana satu Ratu Lebah dalam banyak-banyak lebah ni ..

.

.

.

.

Lepas banyak ilmu pengetahuan berkenaan lebah , kita kacau pulak Dak Debab ni !!

.

.

.

.

Kita orang nak curi shark dia tapi dia tak bagi !

.

.

.

.

Ok

Dah ..

Sambung esok